Entrepreneurship

EMP Ihsan

Maklumat Lanjut English

ILTIZAM EMP Ihsan ditubuhkan untuk membantu perniagaan mikro dan kecil yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Program ini memberi bantuan kepada perniagaan yang terjejas melalui kerjasama dengan semua entiti pengurusan zakat di seluruh negara.

Kriteria kelayakan tertentu yang ditetapkan adalah seperti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, majlis perbandaran atau ketua komuniti dan dimiliki oleh usahawan daripada golongan B40. Entiti-entiti yang terbabit akan menyalurkan dana kepada penerima melalui tiga fasa sepanjang lapan bulan.

Melalui program ini, perniagaan yang layak akan diberikan bantuan kewangan sekali beri sebagai modal kerja, modal untuk menceburi bidang baharu, dan juga untuk perbelanjaan operasi seperti sewa, gaji dan utiliti. Hasrat kami adalah untuk membantu pemilik-pemilik perniagaan mengatasi kekangan perniagaan untuk membolehkan mereka bangkit semula apabila keadaan bertambah baik.

Pemilik perniagaan yang berminat boleh menghubungi entiti-entiti pengurusan zakat negeri masing-masing.

Negeri Entiti Pengurusan Zakat No. Telefon
Selangor Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) Sektor Pembangunan Usahawan TERAS
Handphone: +6013-2802739 (Puan Fasihah)
General line: 03-33413654 (Cik Syazana)
Kedah Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) Bahagian Zakat LZNK
General line: 04-7331740 (Ustaz Shafiq)
Penang Zakat Pulau Pinang (ZPP) Bahagian Usahawan ZPP
Handphone: +6011-2872 4558
General line: 04-5498088 (Ustaz Maudi)

*Bagi negeri yang tidak disenaraikan, Ekuinas masih dalam peringkat perbincangan dan akan dikemas kini setelah dimuktamadkan.